Assalamualaikum semua, hari ni ana nak cerita sikit mengenai hadis Sahih.Mungkin ramai masih keliru apa sebenarnya dimaksudkan dengan hadis Sahih.Ok takpe,hari ni ana bagi pencerahan.
Maksud :
Dari segi istilahnya hadis Sahih ialah hadis yang diriwayatkan oleh rangkaian perawi hadis yang adil dan dhabit, bersambung sanad, tiada illah serta tiada syaz.
Tenang2..ana akan cerita satu per satu.Mungkin ada yang bingung dengan istilah yang ana gunakan.
Syarat Hadis Sahih :
1) Adil
- Islam
- Baligh
- Berakal
- Tidak Fasik
- Tidak melakukan perkara Ghaib.
2) Dhabit
Suatu ketetapan pada seseorang perawi iaitu tiada perubahan ingatan jika diriwayatkan melalui lisan dan tiada perubahan tulisan jika diriwayatkan melalui penulisan.Senang cerita dhabit ni kuat ingatan la.
3) Bersambung sanad
Setiap perawi menerima hadis daripada gurunya secara langsung bermula dari awal sanad (sahabat) hingga sanad terakhir tanpa berlaku sebarang keciciran sanad.
4) Tiada Illah dan Tiada Syaz
Illah ialah kelemahan yang tersembunyi.Kewujudannya menjejaskan kesahihan/status hadis tersebut dan tidak dapat dikesan dengan mudah. Syaz pula ialah perselisihan antara perawi siqah dengan perawi lain yang lebih siqah daripadanya.
Hukum Beramal :
- Menjadi hujah dan dalil syarak.
- Tidak boleh mengingkarinya kerana ia memenuhi dan menepati semua ciri2 utama syarat sahih sesebuah hadis.
Bahagian Hadis Sahih :
Ada dua bahagian iaitu Sahih Lizatihi dan Sahih Lighairihi.
i) Sahih Lizatihi - Hadis yang diriwayatkan oleh rangkaian perawi hadis yang adil,dhabit,bersambung sanad,tiada illah serta tiada syaz.
ii) Sahih Lighairihi - Hadis Hasan yang disokong oleh riwayat lain yang setaraf dengannya atau lebih kuat daripadanya.
Ok la..sampai sini dulu ana berhenti.Nanti ana sambung hadis Hasan dan Dhaif pada masa yang akan datang.Insya Allah.
Sebarang soalan boleh diajukan terus ke bahagian komen di bawah ini.
Wallahualam...
~ Afif Helmi

Ulasan
Catat Ulasan