Pengenalan Hadis

Pengenalan Hadis :

- Hadis pada bahasa ialah perkhabaran atau berita.

- Hadis menurut istilah ialah setiap apa yang disandarkan kepada Rasulullah SAW, sama ada ucapan, perbuatan, pengakuan dan sifat-sifatnya.

- Hadis merupakan sumber hukum yang kedua selepas al Quran.

- Hadis berperanan menjelaskan dan menghuraikan ayat al Quran seperti penjelasan tentang ibadat solat dan sebagainya.

Jenis Hadis :

 Hadis terbahagi kepada dua jenis iaitu hadis Nabawi dan hadis Qudsi.

- Hadis Nabawi ialah hadis yang lafaz dan maknanya daripada Rasulullah SAW. Ia merangkumi perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah SAW.

- Hadis Qudsi ialah hadis yang lafaznya daripada nabi tetapi maknanya daripada Allah SWT. Ia merupakan wahyu Allah SWT yang diucapkan kembali oleh Rasulullah SAW.

Perbezaan antara al Quran dengan hadis :

(a) Al Quran:

- Lafaz dan makna daripada Allah SWT;

- Wahyu Allah SWT yang disampaikan kepada nabi melalui Malaikat Jibril;

- Merupakan sumber hukum Islam yang pertama.

(b) Hadis:

-  Lafaz dan makna daripada Rasulullah SAW;

- Perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah SAW;

-  Merupakan sumber hukum Islam yang kedua.

Perawi Hadis :

Perawi hadis bermaksud orang yang menerima dan menyampaikan hadis Rasulullah SAW.

Syarat Perawi Hadis :

Bagi menentukan kedudukan sesuatu hadis itu benar atau pun palsu, kita hendaklah mengetahui tentang syarat-syarat perawi hadis.

Antara syarat-syarat yang perlu ada kepada perawi hadis ialah:

(a)  Islam;
(b) Baligh (cukup umur);
(c) Adil;
(d) Kuat ingatan;
(e) Berhati-hati meriwayatkan hadis.

- Ikfan Hakim -

Ulasan