Prasangka : Dibenarkan atau Dilarang ?

Assalamualaikum semua, untuk entri kali ni ana nak berbicara tentang sangkaan.Kita semua tahu sangkaan ni ada dua jenis iaitu sangkaan baik (husnuzon) dan sangkaan buruk (su'u zon).

Kita semua sudah sedia maklum bahawa Islam sangat menuntut umatnya untuk bersangka baik terutamanya kepada Allah dan dalam masa yang sama Islam melarang umatnya untuk bersangka buruk.

Buktinya dalam Surah Al Hujurat ayat 12 yang bermaksud :

" Wahai orang yang beriman, jauhilah kamu dari kebanyakan prasangka kerana sebahagian daripada prasangka itu ialah dosa."

Ia disokong pula dengan hadis Rasulullah SAW yang berbunyi,

إِيَّا كُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيْثِ

Maksudnya : “Berhati-hatilah kalian dari tindakan berprasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah sedusta-dusta ucapan.

Tetapi !!!

Adakah semua prasangka itu haram ? Oh,lepas ni kalau kita nampak ada orang pakai macam perompak masuk bank dengan senjata api kita kena sangka baik la.Mungkin dia saja nak tumpang toilet dekat situ.Ataupun dia nak cucuk duit.Haaa..isu ini ana akan bahaskan.

Sangka buruk ni dia terbahagi kepada 3 hukum.Ada hukum wajib,harus dan haram.

Macam mana boleh jadi wajib ?

Kita wajib bersangka buruk kepada seseorang itu jika terang2 dia melakukan dosa walaupun kita tak pasti.Tambahan pula,orang itu memang terbukti pernah buat perkara yang tidak elok sebelum ini.Ana bagi satu contoh paling mudah la untuk antum semua faham.

Contohnya, kita nampak Leman pergi kedai nombor ekor, itu tempat yang haram.Terang2lah dia buat dosa situ.Takkan kita masih nak bersangka baik.Mungkin itu punca pendapatannya.Mana boleh.Faham ? Ok contoh lain, kita ternampak ada beberapa remaja dekat kabel elektrik.Berkemungkinan mereka nak mencuri.Kita boleh bersangka buruk sebab tiada tanda2 yang menunjukkan mereka tu orang TNB.

Kalau harus macam mana pula ?

Yang ini di situasi biasa je.Contoh kita tengah driving.Dekat depan kita ni ada bas dan teksi.Kita boleh bersangka buruk yang dia akan berhenti mengejut sebab nak turunkan penumpang.Begitu juga kalau ibu bapa nak bersangka buruk dengan anaknya sebab gagal dalam peperiksaan.Mungkin sebab tak study atau main game je.

Sangka buruk yang haram ?

Haa..yang ni baru jatuh haram.Kita dilarang sama sekali untuk bersangka baik sesama mukmin.Contoh,ada seorang hamba Allah ni dia datang masjid.Mungkin sebelum ni perangai dia agak teruk.Tapi dia nak berubah.Lepas tu kita sangka buruk dekat dia pulak.Kata dia ni bajet alim la, solat tak betul la, nak curi tabung masjid la, nak rembat selipar orang la dan lain2.Kalau betul pun kita tak boleh sangka buruk macam tu.

Kesimpulannya.....

Bersangka buruk ni tidak semuanya haram.Sebagaimana dalam hadis Rasulullah SAW yang menyebut...

احتـر سوامن الناس بـسـوء الظـن

Maksudnya : Waspadalah terhadap (keburukan) orang lain dengan keburukan prasangka. (Riwayat ahmad dan Baihaqi)

Jangan sempitkan pemikiran kita bahawa setiap sangka buruk itu haram.Namun !!! Kita perlu sentiasa bersangka baik dalam semua perkara.Ada masanya je kita boleh bersangka buruk.Sesungguhnya bersangka buruk ni satu daripada sifat Mazmumah.Yang paling penting sentiasalah bersangka baik dengan Allah dan sesama manusia.

Wallahualam...

~ Afif Helmi

Ulasan