Erti Sebenar Sahabat

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kpd Allah SWT kerana telah diberikan peluang untuk menulis di dalam blog rasmi Pencetus Generasi Al-Fateh. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kpd Presiden PGAF iaitu saudara Afif Helmi krna telah memberi peluang ini. Untuk kali ini, saya cuma ingin mengongsikan kpd para followers kami di Facebook, Instagram dan Twitter tentang kepentingan sahabat.


Hadis tentang sahabat. Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim) 

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim) 

Sahabat, merupakan orang yang berada disisi kita sewaktu kita senang dan susah. Kalau setakat ada masa kita senang ja tapi tinggalkan kita masa kita susah tu boleh tinggalkan. 

Kita mula berkawan sejak kecil lagi sehingga kita besar. Sebagai contoh di tadika, sekolah, alam universiti dan alam pekerjaan. 

Bagi saya lepasan SPM, saya mula menyedari kepentingan bersahabat. Terutama masa nak exam besar. Masa tu kita mula tercari-cari sahabat untuk study sekali. Cari sahabat yg boleh mengajar kita. Dalam situasi saya yg tinggal di sekolah berasrama penuh iaitu KUPSIS (Kubang Pasu Science School) kami tinggal bersama-sama adik2 junior dan senior. Oleh itu kami memang dah lama "ngam" antara satu sama lain.

 (Cerita pasal sekolah plak lah hehe...😅)

Masa zaman kami PMR, kami ditimpa pelbagai dugaan. Tapi disebabkan semangat ukhuwah kami yg cukup ketat ni membuatkan kami mampu menghadapi situasi tersebut. Akhirnya perjuangan PMR kami berhasil kerana berjaya memperoleh kejayaan yg cemerlang. Alhamdulillah. Masa zaman nak ambil SPM lak, sekali lagi kami ditimpa dugaan. Tetapi disebabkan semangat ukhuwah yg kuat kami mampu menghadapinya. Seminggu sebelum exam, kami berkumpul di Musolla al-Itqaan untuk sesi memohon maaf. Malam tu kami memohon maaf antara satu sama lain. Majoritinya menangis kerana sebak kerana ukhuwah yg terjalin selama ini bakal direnggangkan. Malam tu kami melaksanakan solat hajat dan taubat bersama-sama untuk kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Sehingga hari ini, persahabatan kami masih lagi terjalin meskipun result kami xsempoi sangat. Yg penting kami dah berjuang bersama-sama. Ingatlah wahai sahabat, janganlah putuskan ikatan silaturrahim yg terjalin ini. Setiap manusia mempunyai salah silap sendiri jadi maafkanlah. 

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." [Surah Al Hujurat : 10]

~ Ikfan Hakim


Ulasan