Formasi Dakwah

Assalamualaikum warga blog Pencetus GAF sekalian.Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan hari ini.

Hari ini ana berhajat nak menulis satu entri yang bertajuk “ Formasi Dakwah”. Sepatutnya ana dah post entri ni lama dah.Tapi disebabkan masalah internet dan masalah2 yang sewaktu dengannya terpaksa ana tangguhkan.Takpe la.Ini semua ketentuan Allah SWT.

Ok berbalik kepada tajuk kita hari ini iaitu Formasi Dakwah.Ana akan cuba mengupas topik ini sebaik mungkin.Bismillah…

Apa yang antum faham apabila mendengar perkataan “Dakwah” ? Mengajak orang buat baik ? Suruh orang buat amal ma’ruf nahi munkar ? Tegur elok2 ? Ok semua tu betul.Tapi jawapan yang sebetulnya ialah mengajak/menyeru manusia ke jalan Allah dengan melakukan perkara yang ma’ruf dan meninggalkan perkara mungkar dengan penuh berhikmah.

Firman Allah SWT dalam surah An Nahl ayat 125 :

ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ

Maksudnya : Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan pengajaran yang baik


Ramai antara kita yang ingat dakwah ni just suruh orang buat baik je.Sebenarnya kena suruh orang tinggalkan benda buruk juga.Kena seiring.Dan satu lagi kita ni berdakwah tidak boleh sama sekali memaksa.Kena guna cara yang paling berhikmah.Ok settle bab dakwah.

Formasi Bola Sepak
So, formasi ni apa pulak ? Biasanya istilah formasi ni digunakan dalam bola sepak la.Formasi 4-4-2, 4-3-3, 4-5-1 dan sebagainya.Dalam peperangan pun ada gunakan istilah formasi.Tentera berkuda dekat belah mana, pemanah dekat bahagian mana dan sebagainya.So,senang cerita formasi ni susunan la.Jadi apa kena mengena formasi dengan dakwah.Nak berdakwah pun kena ada formasi ke ? 

Sebelum tu ana nak jelaskan kenapa ana guna istilah formasi ni.Formasi sinonim dikaitkan dengan bola sepak.Bola sepak prinsipnya sesuai diaplikasikan dalam kehidupan seharian termasuk dakwah.Pasukan bola biasanya nakkan kemenangan.Dan untuk capai kemenangan tu ada pelbagai strategi.Ada yang attack, ada yang defend ada yang hold possession.Begitu juga dengan dakwah.Dai’e dia punya matlamat mestilah nak tarik orang dekatkan diri dengan Islam.Nak achieve matlamat tu ada pelbagai cara.Jadi apa cara terbaik atau soalan lebih tepat, apakah formasi yang terbaik ?

Jadi,ana akan dedahkan satu formasi dakwah hari ini.Apakah formasinya ? Formasi ni digelar formasi “ F.A.S.T”. Bukan fast (puasa) atau fast (laju).Setiap satu huruf tu ada standing for what.Ana akan huraikannya.Tarik nafas…

Formasi ini diilhamkan daripada sifat wajib bagi nabi.Rasanya antum semua dah boleh selesaikan misteri “F.A.S.T” tu kot.Bagi yang masih blur2 tu.Chill.Ana akan jelaskan satu per satu.

F = Fatanah (Bijaksana)

Sebagai seorang dai’e, kita perlukan kebijaksanaan untuk attract/menarik orang dekat dengan Islam.Pada era globalisasi ini, ada pelbagai kaedah dan medium untuk berdakwah.Oleh itu,nak menjadi seorang pendakwah ni kena ada ilmu.Skill tu nombor dua.Hakikatnya,ilmu sahaja tak cukup.Begitu juga kalau kita ada skill sahaja tak memadai.Kena ada dua2.Tapi ilmu the most important.

A = Amanah

Amanah tu amanah la.Bertanggungjawab.Tugas dakwah ialah tugas kita semua bukan tugas pihak tertentu.Ada juga berpendapat bahawa kita perlu jadi baik dulu baru boleh dakwah.Kalau macam tu, sampai ke sudahlah kita tak berdakwah.Nak tunggu baik betul2 tak jadi apa la.So caranya macam mana ? Kita dakwahlah semampunya.Contoh, kita ajak orang solat pada awal waktu.Tapi kita sendiri solat last minute.Permulaannya memang macam tu.Tapi kalau dah hari2 ajak orang mesti ada satu masa tu kita akan rasa motivated nak jadi baik.Yela,kita ajak orang buat baik tapi kita sendiri tak cuba jadi baik.Mana boleh kan ? So kita akan cuba menjadi baik bila berdakwah.

S = Siddiq (Benar)

Benar atau jujur.Ini pun satu lagi perkara penting dalam berdakwah.Kita nak berdakwah ni kena menyampaikan perkara yang betul la.Jangan cakap putar belit.Kalau kita nampak orang buat salah berterus terang.Tegurlah dia.Hmm..dekat part ni tak banyak ana nak membebel.Ok next….

T = Tabligh (Menyampaikan)

Dan of course sebagai seorang dai’e kita perlulah menyampaikan.Takkan kita nak menyembunyikan.Macam siddiq tadi juga.Kalau nampak orang buat salah tegur dia.Jangan senyap je.Katakanlah yang benar walaupun pahit.

So,settle dah formasi dakwah.Keempat empat elemen ni perlu ditanam dalam jiwa setiap dai’e.Tapi kita kena akui bahawa nabi bersifat ma’sum iaitu terhindar daripada melakukan maksiat manakala kita cuma manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.Tapi sekurang2nya kita cubalah terapkan empat elemen ni.Insya Allah.

Sampai sini je lah rasanya ana nak berceloteh.Jumpa lagi di lain entri Insya Allah.

Wallahualam…

~ Afif Helmi

Ulasan