Hiburan : Adakah Haram dalam Islam ?

Assalamualaikum WBT semua,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana ana dapat meluangkan masa didepan komputer ini untuk berblogging.Dah dua hari ana tinggal blog rasmi ni.Untuk entri kali ini ana nak mengupas satu isu yang sering dibahaskan oleh masyarakat Islam dunia amnya dan Malaysia khususnya iaitu mengenai hiburan.

Seperti entri sebelum ini, ana akan wujudkan beberapa persoalan ataupun common question mengenai hiburan.Ok,jangan gelabah.Relaks.Tarik nafas.....Bismillahirrahmanirrahim..



Akhi,setahu ana semua bentuk hiburan ni haram kan ?

Eh, mana ada.Hiburan ni nak diikutkan ada 5 hukum.Ada yang wajib,ada yang sunat,harus,makruh dan juga haram.

Wajib ? Sunat ? Anta ni wahabi ke apa ? Jangan2 sekular dan liberal ? Mana belajar hukum gini ?

Tenang...Jangan kecam ana dulu.Ana tak habis jelaskan lagi.Ya betul.Hiburan ada yang wajib dan sunat.Contoh hiburan yang wajib ialah solat manakala hiburan yang sunat pula ialah seperti berzikir dan membaca Al Quran.

Eh..anta ni biar betul.Takkan tu pun termasuk dalam hiburan ? Tu kan ibadah.

Betul la.Apa ? Ingat ana bergurau ke ? Oh,mungkin sebab anta rasa ibadah ni leceh dan berat tu yang anta tak rasa bahawa ibadah ni hiburan.Ibadah ni hiburan bagi orang beriman.Ana teringat satu kisah pada zaman As-Syahid Imam Hassan Al Banna.Kisahnya macam ni, Imam Hassan Al Banna baru balik dari berdakwah di puluhan kampung.So memang penat gila la.Rakan2 Imam Hassan Al Banna yang lain semua berehat dengan cara tidur.Tapi, Imam Hassan Al Banna ni dia baca Al Quran.Kemudia sahabat dia tanya, " Wahai Al Banna, kau tak nak rehat ke ? " Lalu apa Imam Hassan Al Banna jawab ? Beliau jawab, " Sesungguhnya membaca Al Quran adalah hiburan dan kerehatanku." Nampak tak bahawa ibadah ni juga hiburan.

Ok lah.Macam mana pulak hiburan yang harus ?

Hiburan harus ni pulak simple.Apa2 bentuk hiburan seperti menyanyi ke apa ke..yang penting dia takde masukkan unsur2 haram dan syubhah.Contohnya,nyanyi sorang2 dalam bilik.Takde siapa dengar so itu tak salah.Begitu juga,kalau hiburan tu takde percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.Nak senang faham akhi,asalkan dia takde unsur haram maka ia hiburan harus.

Ok ana faham dah hiburan harus.Tapi,macam mana pulak hiburan makruh dan haram tu ? Apa bezanya ?

Hmm..sebenarnya tak banyak beza pun antara keduanya.Takpe ana jelaskan satu per satu.Hiburan makruh ni lebih kurang macam hiburan harus tadi.Cumanya ia boleh jatuh makruh apabila melalaikan ataupun bahasa modennya, overdose.Ambik contoh paling senang, drama TV3 sekarang, Tundukkan Playboy Itu.Cerita tu pukul 7.00 malam sampai 8.00 malam.So,dia tayang masa waktu Maghrib.Kita pun melewatkan solat sebab nak tengok playboy tu tertunduk ke tak.Jadi tu dah kira hiburan makruh la.

Hiburan haram macam mana ?

Aihh..sabar lah.Nak cerita la ni.Hiburan haram tu macam ana kata tadi.Kalau ada unsur haram atau melanggar syarak confirm tu hiburan haram.Contoh senang pergi konsert.Biasanya konsert akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan.Bagi tahu ana konsert mana yang asingkan tempat lelaki daan perempuan.Ana nak join gak..Hihi..(Gurau)

Kalau macam tu akhi, ana kena bakar TV la gamoknya..Ya lah,hampir semua channel ada unsur haram kot.

Betul tu.Nak buat macam mana.Kita kena pandai pilih siaran la.Sebenarnya banyak je rancangan yang bermanfaat.Tapi pilihan di tangan kita semua.

Kesimpulan : Islam sebenarnya tak pernah melarang umatnya untuk berhibur.Berhiburlah.Islam bukan agama yang mengongkong.Tapi ingat,pastikan hiburan tu berlandaskan syarak.Walau apa pun kita nak buat,kena ikut Al Quran dan Hadis.Ingat ya semua...hiburan2 juga..ibadah jangan lupa !

Wallahualam...

~ Afif Helmi

Ulasan