Isu : Hantaran RM 15 000

Assalamualaikum semua.

Agak lama juga ana tak post sebarang entri dekat blog rasmi ni.Hari ni Insya Allah ana nak kupas satu isu yang masih hangat diperkatakan pada ketika ini iaitu mengenai hantaran RM 15 000 punca pergaduhan di masjid.Sorry la ana tertinggal bas.Hehe.Tu yang lambat sikit.


Rasanya semua dah maklum pasal isu ni kan ? Takpe ana akan tulis serba ringkas kronologi pergaduhan ni.

Ceritanya bermula begini.Pihak perempuan mintak RM 15 000 dari pihak lelaki untuk hantaran.So, pihak lelaki ni setuju la.Sampai hari kejadian masa nak akad nikah keluarga pihak perempuan marah sebab pihak lelaki cuma bawa RM 10 000 kurang RM 5 000 seperti yang dijanjikan.Jadi apa lagi, haa..gaduh la alamatnya.Itu apa yang ana baca.Banyak sumber sebenarnya.Kalau kronologi yang ana bagi tu salah mintak maaf banyak2.Hehe.

Motif ana tulis entri ni bukan nak cari salah apatah lagi untuk mengaibkan keluarga pengantin tetapi sebagai pengajaran kepada kita semua terutama yang masih belum berkahwin supaya situasi ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.Orang tua kata mencegah itu lebih baik dari mengubati. (Apa kena mengena ?)

Dalam kes ini ana nak jelaskan 3 kesalahan yang kita semua perlu tahu.Kredit kepada PU Lokman atas perkongsian beliau di Facebook baru2 ini.

Kesalahan yang pertama :

Ana meletakkan kesalahan pertama kepada pihak perempuan.Kita tak digalakkan sebenarnya meletakkan wang hantaran terlalu tinggi.Letak harga sekian2 tu macam dah jual anak.Sepatutnya kita letak yang rendah.Jangan bebankan.Lain lah kalau pihak lelaki tu memang mampu.So,hantaran tinggi pun takpe.Tapi,ana lebih suka kalau hantaran tu letak rendah (bukan sebab ana lelaki).Ya la,kalau boleh perkahwinan ni kita buat la seringkas yang mungkin.Jangan sampai first day kahwin hutang dah keliling pinggang.Tiba2 ana teringat kata2 tokoh Matematik Islam iaitu Al Khawarizmi.Apa beliau kata tentang nilai seorang wanita ? Beliau kata :

" Jika wanita itu solehah dan beragama letaklah 1.
Jika dia cantik, tambah 0 lepas 1 = 10
Jika dia berharta, tambah lagi 0 = 100
Jika dia dari keturunan yang baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang 1 itu tiada yakni agama maka tiada apa lah yang tinggal kecuali sekelompok 0. "

Ok settle la kot bab perempuan ni.Kita pergi ke kesalahan seterusnya.

Kesalahan yang kedua :

Ana menyalahkan pihak lelaki pula.Sebab apa ? Sebab dia sudah berjanji untuk bayar RM 15 000 tu kepada pihak perempuan pada hari akad nikah.So dia wajib la tunaikan.Firman Allah SWT dalam surah Al Isra' ayat 34 yang bermaksud :

" Dan penuhilah janji; sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggungan jawabnya."

So, dah jelaslah janji kena tepati.Jangan buat2 lupa.Pihak lelaki tu juga dah masuk kes berhutang.Dia berhutang lagi RM 5 000.Tahukah anda, ayat terpanjang dalam Al Quran ialah mengenai hutang.Macam orang tua kata, hutang emas boleh dibayar, hutang budi di bawa mati. (Masih mencari apa kena mengenanya).

Kesalahan yang ketiga :

Pihak perempuan sudah..pihak lelaki pun sudah..Siapa lagi yang bersalah ? Takkan tok kadi ? Jeng..jeng..jeng..kita tengok siapa yang kena.

Kesalahan ketiga ini ana letakkan kepada kita semua.Huhu.Kenapa kita bersalah ? Kita takde pun kat situ.Okay, memang la kita takde kat situ tapi zaman serba moden ni orang dekat Congo pun boleh tau cerita ni.Salah kita sebab kita pergi sebarkan dan viralkan video tersebut.Okay la kalau share sebagai pengajaran tapi berapa ramai yang tak memaki hamun, mengutuk, memerli pengantin tu ? Kalau kita tak viralkan mungkin takde sesi kutuk mengutuk.Pihak A salahkan perempuan, pihak B salahkan lelaki, pihak C salahkan tok siak, pihak D salahkan DS Najib (Eh? Sorry2).Sebagai seorang muslim kita perlulah menutup aib saudara kita.Sebagaimana dalam sebuah hadis yang masyhur yang bermaksud :

" Barang siapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aib orang tersebut di dunia dan akhirat.” (HR. Ibnu Majah)

Jadi ana nak buat sikit kesimpulan la di akhir entri ini..

Kita perlu tahu sampai bila2 bahawa rukun nikah ada 5 iaitu Suami,Isteri,Wali,Saksi dan Ijab Kabul.Kita jangan terikut sangat rukun nikah "Melayu" yang sampai 20 lebih.Ana tak boleh nafikan adat yang kita pegang sejak sekian lama.Yes,adat memang kita kena pegang tapi jangan jadikan adat tu penghalang atau punca kita tak boleh nak menikah.Yang mana penting adat ke syariat ? Kalau karaoke takde pun takdenya nikah jadi tak sah.

Seterusnya,kepada ibu bapa terutama yang belah perempuan cuba lah permudahkan urusan nikah anak2.Bukan apa,lebih baik duit hantaran mahal2 tu jadikan persiapan lepas berkahwin nanti.Ya la.Kalau masa akad pun dah botak kepala bagaimana kalau lepas akad ? Nak fikir bayar loan kereta,rumah perbelanjaan anak2 dan sebagainya.

Selain itu, di zaman GST ini ana faham mungkin ramai antara kita sangat terdesak mahukan duit.Ana faham.Tapi yakinlah dengan rezeki dan jaminan yang diberikan Allah itu.Perkahwinan itu pintu keberkatan.Mula2 susah tu biasa la.Nanti dah stabil insya Allah takde masalah.

Akhir sekali, kalau dah janji tu tunaikan lah.Masa berjanji punya manis mulut tapi haramm..tak bayar.Ini semua normal.Hang yang deal..hang la yang kena tanggung.Nak salahkan pihak satu lagi tak boleh.And last one,bagi mengelakkan penduduk di Mozambique,Sudan,Zambia dan seangkatan dengannya tersenyum kambing tengok kita bergaduh di Malaysia.Hentikanlah viral video ni.Cukup2 la.Sekadar nak buka aib orang buat apa.Cuba kita berada di tempat pengantin tu.Baru kita tahu apa yang diorang rasa.

Cukuplah sampai di sini ana membebel.Jumpa di entri lain pula.Harap ada isu lain la pulak lepas ni.

Wallahualam..

~ Afif Helmi

Ulasan