Nafsu

Bismillahirrahmanirrahim...

Nafsu dalam bahasa arab bermaksud jiwa...Ia merupakan kemahuan seperti naluri makan minum,seks,memiliki dan menguasai...Nafsu besar pengaruhnya terhadap diri dan watak seseorang.

Oleh itu sahabat!! Hati merupakan elemen penting bagi mengurus nafsu ke arah  kebaikan dan diredhai Allah. Hati ibarat raja,sekiranya baik raja tersebut,maka baiklah keseluruhannya
.seperti bak kata pepatah,
                        
                      Nafsu untuk DIURUS,
                      Bukan untuk DILUPUS,
                      Berpaksi pada hati,nafsu jadi LURUS.






Berhati-hati dengan nafsu amarah! Ia perlu dijinakkan agar tidak liar. Oleh itu, peningkatan latihan melalui ibadat dan taqarub kepada Allah amat diperlukan bagi menguatkan sistem pertahanan diri.bila pertahanan diri dah kuat..ha apa lagi kita bole terajang teruih syaitan...hehe..Bila syaitan tak dapat pengaruh kita..inn sha Allah usaha mengawal nafsu akan jadi lebih mudah. :) Ibadat tersebut akan jadi pemangkin kepada pembentukan hati yg bersih suci dan seterusnya menjadi pusat kawalan efektif kepada nafsu. 

Yang kedua, hati kena sentiasa muhasabah...Hal ini dapat memberikan kesedaran kepada kita,hamba yg sering melakukan dosa.Allah tu Maha Pengampun..yakinlah Dia sentiasa dekat dengan kita, :)

PESAN ILAHI :

"Hai jiwa yg tenang.Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi 
 diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu.
 Dan masuklah ke dalam syurga Ku."
                          - Al-Fajr 89:27-30-

Moga Allah melimpahkan kurnia rahmat kepada kita..dan kita akan ditempatkan di kalangan 
orang beriman....kita tolong agama Alah,Allah akan tolong kita..ingat..janji Allah itu pasti!
amantu billah ;)

-Fathiah Nazurah-


Ulasan