Isu : Dr Zakir Naik Menyentuh Sensitiviti Agama ?

Assalamualaikum semua warga blog PGAF yang budiman..

Alhamdulillah atas limpah kurnia-Nya, ana dapat menukilkan satu lagi entri terbaru di blog rasmi PGAF.Untuk entri kali ni, ana nak menyentuh pasal satu isu yang agak hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini iaitu adakah benar Dr Zakir Naik (DZN) menyentuh sensitiviti agama lain ?

Ok, pada mulanya ana agak teruja bila tahu DZN akan buat ceramah kat Terengganu dan Melaka.Fuhh,siapa tak teruja ? Pendakwah tersohor tu.Dah mengislamkan begitu ramai manusia.Yeah,even ana duduk Selangor dan tak dapat tengok ceramah dia, tapi ana tetap teruja sebab mesti akan ada upload ke youtube nanti.Hahax.


So isunya di sini yang ana nak ketengahkan ialah ada beberapa pihak mendakwa DZN ni menyentuh dan menghina agama lain.Erk,biar betul ? Relax la..yang mendakwa tu pun bukan orang Islam iaitu sebuah NGO yang dinamakan HINDRAF.Entah celah mana datang pun tak tahu.Tapi yang peliknya,ada juga segelintir umat Islam yakni Bani Melayu yang menyokong dakwaan tersebut.Ish3..

Oh,lupa ana nak cerita ceramah apa yang DZN buat sampaikan ramai mengecam dia..sampai ada yang antikan dia.Tajuk ceramah tu "Simalirities Between Hindu and Islam ".Lebih kurang gitu la bunyinya.Dia macam membandingkan agama.Tapi ana berpendapat, tiada masalah pun nak membanding beza agama.Lagipun kat universiti sendiri ada subjek membanding agama.So takde isu pun.Yang penting nak bandingkan tu jangan sampai menghina.Dan ana kenal DZN ni.Selalu tengok dia dekat youtube.Takde pun dia sampai menghina agama lain.Dia just ambik potongan ayat dari kitab agama tu dan ulas contoh kitab Bible dan Veda and dia bandingkan dengan Al Quran.


Pasal sensitiviti agama..Hmm..Bagi ana agak tak logik alasan ni.Hanya sebab ni je ke DZN punya ceramah dibatalkan ? Come on la.Kalau macam tu,konsert perlu diharamkan.Kilang arak,tempat perjudian,kelab malam dan semua yang haram perlu ditutup serta merta.Masjid perlu lebih besar dari gereja,kuil dan tokong.Tapi disebabkan negara kita ni tidak menghalang hak kebebasan untuk beragama so semua tu dibuka.Cuma,konsert dan beberapa tempat maksiat masih ada orang Islam.Allahu.

Satu lagi nak komen pasal Melaka.Hmm..agak sedih sebabnya Pertandingan Ratu Cantik lulus.Tetapi ceramah DZN batal.Apa ni.Kata agama Islam agama rasmi.Sepatutnya agama perlu didahulukan.Dan ana agak tak faham kenapa ASWAJA menggesa supaya pihak berkuasa tapis DZN.Adakah Dr Zakir ni bawa fahaman baru ? Dia berhujah ikut Al Quran dan As Sunnah.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : " Aku tinggalkan kamu dengan dua benda dan nescaya kamu tidak akan sesat iaitu Al Quran dan Hadis."

Last word,kita kena akui bahawa para dai'e berada di satu zaman di mana orang lebih sukakan hiburan dari agama.So kita kena kuat.Tak yah tengok negara barat sana.Cukup kat Malaysia.Hari tu Lee Min Ho datang ok je.Takde siapa pertikaikan.Tapi Dr Zakir datang macam2 orang kata.Walau apa pun berlaku,kita sebagai umat Islam perlu terus bersatu padu dan elakkan perpecahan sebab perpecahan ni hanya memberikan mudarat kepada agama Islam itu sendiri.Dan kalau kita betul2 muslim sebenar,ayuh ! Kita sokong perjuangan Dr Zakir Naik.

Wallahualam..

~ Afif Helmi

Ulasan