Usrah : Fasa Awal Bergelar Pendakwah

Assalamualaikum warga blog Pencetus Generasi Al Fateh sekalian.

Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk menukilkan naskah terbaru di blog ini.Sebenarnya ana patut post entri ni lama dah tapi asyik tertangguh je.Huhu.

Hari ni ana nak tulis satu tajuk yang agak best untuk dibincangkan iaitu “ Usrah : Fasa Awal Bergelar Pendakwah “.

Sebelum tu ada sesiapa tak bersetuju yang usrah ni fasa awal untuk menjadi pendakwah ? Harapnya takde la yang tak setuju sebab memang usrah ni fasa awal untuk menjadi pendakwah.Kenapa ek ? Haa..teruskan membaca..

Secara umumnya,kita semua adalah pendakwah.Yup,kita pendakwah untuk keluarga kita dan sahabat kita. Tapi nak menjadi seorang pendakwah kepada masyarakat yang betul2 berpengaruh perlukan latihan dari awal.Tak boleh keluar sekolah terus jadi pendakwah nanti makin bertambah ajaran sesat di Malaysia.



Oh,sebelum ana terlupa mungkin ada juga yang masih blur dan tak faham usrah ni binatang apa.Adakah dia sejenis sel atau mikroorganisma ? Eh.Tidak ! Usrah dari segi bahasanya keluarga.Kalau dari segi istilahnya pula usrah ni satu kumpulan yang diketuai oleh seorang naqib/ah (ketua) dan dianggotai beberapa ahli usrah.Biasanya kurang dari 10 orang.Usrah ni dia bukan sahaja group yang cerita pasal soal agama tapi macam2.Soal peribadi,pelajaran dan lain2 yang bersesuaian.Dan usrah ni bukan sahaja diadakan di masjid/surau je tapi boleh dibuat di mana2 tempat asalkan tempat tu baik.


Jadi macam mana usrah ni boleh melahirkan seorang dai'e yang berjaya ?

1) Usrah adalah tempat di mana perkongsian ilmu diadakan.Di situ kita akan memperolehi pelbagai ilmu baru yang boleh digunakan untuk berdakwah nanti.

2) Usrah ni tempat di mana untuk kita tingkatkan kemahiran bercakap.Usrah berbeza dengan ceramah.Usrah bilangan mad'u (audiens) bawah 10.Ceramah bilangan mad'u lebih ramai.Mungkin boleh sampai ratus atau ribu.Usrah berlaku dua hala.Naqib dan ahli usrah saling bertukar pendapat.Lain dengan ceramah yang berlangsung satu hala sahaja.Tu antara perbezaan ketaranya la.Jadi,bermula dengan usrah ni la dapat melahirkan dai'e yang hebat.Kalau dekat usrah pun susah nak cakap payah la.Jadi tujuan utama usrah selain untuk berkongsi ilmu ialah untuk latih skill bercakap.

3) Dalam usrah ada 3 elemen yang diterapkan iaitu taarauf (saling mengenali) , tafahum (saling memahami) dan takaful (tolong menolong).Jika 3 elemen ni ada insya Allah dah lengkaplah fasa awal nak jadi pendakwah.Hmm..antum tau tak apa function 3 bende alah ni dalam bergelar pendakwah.Nak berdakwah ni bukan senang.Banyak cabaran.So bila ditimpa sesuatu ujian kita perlukan rakan2 dalam usrah tu sebab kalau 3 bende ni ada automatik ukhuwah mantap.

Ok sebelum ana nak akhiri entri ni..ana nak share sikit la pengalaman menjadi naqib.

Fuhh..nak jadi naqib ni bukan kemain susah.Kita tak boleh lari dari tanggungjawab.Kena pantau dan tahu khabar ahli usrah kita.Huhu.Tak boleh lepas tangan gitu walaupun diorang semua dah besar.

First time handle usrah memang bercampur baur la.Macam2 perasaan ada.Nervous (yg ni wajib ada), takut,risau,cuak dan teruja.Ana bukan takut pasal apa.Tapi takut ana tak dapat tarik perhatian diorang.Takut diorang boring usrah dengan ana.Ini ketakutan dan kecuakan terbesar la.Nervous tu biasalah.First time kot handle usrah.Sebelum ni jadi ahli je.

Nak jadi naqib ni kena versatile baru ahli usrah tak bosan.Kena banyak ilmu,kena pandai tarik perhatian,kena kreatif dan paling penting sekepala dengan diorang.Kalau tak sekepala tu nanti cakap dengan tunggul la jawabnya.Hanya bunyi cengkerik kedengaran.Tapi seriously makin banyak buat usrah makin best.Ana pun makin serasi dengan ahli usrah lain.

Banyak la yang ana belajar dari usrah ni especially masa jadi naqib.Memang serabut la sehari sebelum usrah.Fikir apa nak buat.Tapi best,enjoy dll.Lepas ana jadi naqib ni ana punya confident level untuk bercakap lebih tinggi.Sebelum ni fikir banyak kali la sebelum cakap.Biasa ana diam je la.Tapi jadi naqib ni kena banyak cakap.Selain tu,ana dapat banyak input dan ilmu baru.

Jadi ana sarankan siapa yang tak pernah merasa nikmat usrah jom join group usrah sebelum terlambat.Serius antum takkan menyesal.Ia sebenarnya akan merapatkan ukhuwah nanti.

Wallahualam.

~ Afif Helmi

Ulasan