Layanlah Tetamu Ramadhan

Detik waktu terus berjalan,hari ini sudah 22 Sya’ban.Ramadhan akan menjengah dalam tempoh kurang seminggu.Aku tengok rakan sebilik aku.Ada pelbagai ragam.

Ada seorang sudah mula menyanyi lagu raya melalui aplikasi Smule.Faham,dia memang wakil nasyid sekolahnya.Mungkin ingin berlatih.Ada seorang lagi sudah mula membuat belanjawan untuk raya nanti.Ok,sebab dia pelajar akaun.Jadi,memang inilah kerja dia.Dan ada seorang lagi,sudah mula merangka resepi baru untuk juadah pada hari raya.Maklumlah,pelajar kulinari.

Pada mulanya,aku tidak merasa hairan dengan aksi mereka.Tetapi lama kelamaan,aku rasa menyampah pun ada.Manakan tidak.Ramadhan belum tiba mereka sudah memandang kepada Syawal.Huh.

Jadi,apakah yang aku harus lakukan ? Menasihat ? Hmm..bagaimana ? Adakah begini ?

“ Weh,Ramadhan tak lama lagi.Yang kau sibuk nyanyi lagu raya kenapa ? “ 
“ Persoalannya,berdosa ke.Aku nyanyi lagu Ku Pohon Restu ni.Tengah sedih.Jangan kacau! ”

“ Weh,Ramadhan tak lama lagi.Apa kata kalau kau buat jadual ibadah kau bulan Ramadhan ni.”
“ Aih,kau tak ambil akaun boleh kata la.Aku pening ni.Kalau lari bajet macam mana.Kita kena sediakan payung sebelum hujan.Dah pi main jauh jauh. ”

“ Weh,Ramadhan tak lama lagi.Kan lebih baik kalau kau buat resepi ibadah sepanjang bulan Ramdhan.Ada juga faedah. ”
“ Ala..kau apa tahu ? Setakat pagi tadi je,aku dah terima 500 tempahan untuk buat kuih raya.Jadi,kena rangka dari awal.Nanti nak jawab apa dekat customer. “

Jalan sebegini tidak menemui penyelesaiannya.Jadi,kita perlu mula dengan diri sendiri.Aku perlu perbanyakkan amal ibadah.Bukan untuk menunjuk tetapi untuk menyedarkan mereka.Dan mungkin aku perlu kata begini :

“ Kawan-kawan yang aku kasihi,aku rasa korang semua ni dah tersalah niat.Memang la apa yang korang buat tu tak salah.Tapi apa kata kalau kita sama-sama melayan Ramadhan kali ini.Yang pasal hari raya,boleh buat nanti-nanti kan ? Ramadhan ni setahun sekali je.Kita tak tahu tahun depan kita masih bersama Ramadhan ke tidak.Jom,kawan-kawan.Bangkitlah ! Infiru ! “

Ini hanya bayangan aku.Aku harap mereka dapat terima nasihat aku.Kepada rakan pembaca sekalian.Kita utamakan bulan Ramadhan Al Mubarak.Saya yakin mesti ada yang sudah buat persiapan awal untuk Aidilfitri.Tapi jangan kita lupakan kehadiran Ramadhan.

Saya bagi contoh mudah.Cuba kita bayangkan kita masuk rumah orang dan kita langsung tak dilayan.Sebaliknya,tuan rumah bersungguh-sungguh melakukan persiapan untuk tetamu yang akan datang pada bulan hadapan.Apa perasaan kita ? Sedih bukan ? Begitu jugalah dengan Ramadhan.

~ Ku mengharapkan Ramadhan..kali ini penuh makna..agar dapat ku lalui dengan sempurna…

Nukilan : Afif Helmi

Ulasan