Raikan Ramadan

Assalamualaikum WBT semua.

Maaf kerana blog ni lama tak update entri baru.Huhu.Menjelang Ramadan ni baru nak menulis entri semula.Ok,kurang 36 jam dari sekarang kita akan menerima tetamu yang paling agung iaitu bulan Ramadan Al Mubarak.So,kali ni ana nak tulis pasal Ramadan la.

Rasanya tak perlu kot dijelaskan pasal kefarduan berpuasa.Semua dah sedia maklum.Begitu juga dengan fadhilat,dalil mengenai bulan Ramadan dan sebagainya.Semua dah hadam.So,apa ana nak nukilkan pada hari ini ialah bagaimana kita nak meraikan Ramadan.

Ramadan ni merupakan bulan yang paling ditunggu2 oleh orang mukmin.Ramadan boleh dilabelkan sebagai bulan pesta ibadah.Pada bulan ramadan ni juga pintu syurga dibuka seluas2nya sementara pintu neraka ditutup serapat2nya.Syaitan dan Iblis pula dibelenggu sepanjang bulan Ramadan.Ana tak berhajat menceritakan semua kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadan ni pada antum.Cumanya ana nak berbalik kepada persoalan kita tadi iaitu bagaimana nak meraikan Ramadan.

Bismillah..kita ni sebagai umat islam perlulah meraikan bulan ini.Sebab apa ? Sebab kalau bukan kita siapa lagi ? Nak raikannya pulak perlu berlandaskan syarak.Bagaimana yang dimaksudkan berlandaskan syarak ? First,faham konsep dulu.Maksud meraikan ana dekat sini bukannya kena buat countdown bagai lepastu main mercun dan sebagainya.Maksud meraikan dekat sini ialah kita gembira dengan datangnya Ramadan.

Ana bagi satu analogi mudah.Misal katalah ada seorang saudara nak melawat kita.Lama tak jumpa dia.So rasa rindu membuak2.Adakah perlu kita buat countdown sampai 10,9,8....sampailah 1 dan boomm..percikan bunga api ? Tak perlu pun.Kita just raikan dia dengan jamah dia makan,buat baik layan dia elok2.Sampai la dia pergi.Begitu juga Ramadan.Tak perlu pun sambut dengan bunga api ni.Kita just banyakkan amal ibadah.Cukuplah.Malas nak qiamullail ? Tiada masalah.Banyak lagi amalan lain boleh buat.Kita ni asal Ramadan je Qiamullail.Ok,kalau antum mampukan silakan.Tetapi satu je ana nak pesan.

Bulan Ramadan ni umpama liga bola sepak.(Mungkin ramai suka umpamakan dengan Marathon) Dia bukan 'knockout stage' (kalah mati).Nak menang liga,tak perlu pun sampai setiap game menang sampai 5-0.Menang 1-0 cukup dah.3 mata juga dapat.Yang penting konsisten.Bila sentiasa menang setiap perlawanan maka dari situ la baru boleh menang liga.Begitu juga dikiaskan dengan Ramadan.Tak perlu pun sampai qiamullail dari 1 pagi sampai sahur lepastu setiap hari khatam Quran.Sedekah paling kurang RM10.Kalau antum boleh buat sedemikian rupa,tafaddhal (silakan).Tetapi kalau tak mampu tak perlulah.

Kita cari 1 amalan yang kita boleh konsisten sampai 30 Ramadan nanti.Contoh,baca Al Quran.Kita slow2 dulu.Hari ini 1 muka dulu.Esok upgrade 2 muka.Esoknya lagi upgrade jadi 3 muka dan seterusnya.Itu namanya konsisten.Ada peningkatan sikit demi sikit.Dan kalau boleh,lepas keluar dari madrasah ramadan ni kita terus buat amalan tu dan ditambah dengan amalan lain.

Ok,last sebelum ana akhiri kalam.Kalau tetamu datang ada ke kita nak buat perangai tak senonoh ? Mesti berkelakuan baik je kan ? Macam tu jugak masa bulan Ramadan.Banyak kes yang terjadi,puasa tapi solat fardhu tak buat (tapi tarawih 20..guane tu ?) Ada yang puasa tapi aurat Masya-Allah.Ada juga puasa tapi mulut takde insurans.Macam puaka.So kat sini ana nak pesan.Puasa tu dah cun.Janganlah kotorkan dengan amalan yang keji.Puasa umpama guni.Pahala banyak masuk dalam guni tu.Tapi ada bocor pulak sebab maksiat lain kita buat.So,guni tu kosong je la.

Ini kalau ana teruskan cerita pasal Ramadan boleh buat novel dah.So,ana berhenti setakat sini dulu.Dikesempatan yang ada ini,ana mewakili PGAF ingin mengucapkan selamat menyabut bulan Ramadan Al Mubarak.Moga amalan kita diterima Allah Azza Wa Jalla. #RaikanRamadan.

Wallahualam...

~ Afif Helmi

Ulasan