Boikot AFF 2016 ? Wajarkah ?

Assalamualaikum semua..Fuhh..Agak lama saya tak jenguk blog ni.Maklumlah sibuk dengan pelajaran,sekarang tengah free.Huhu.

Sekarang tengah trending tentang Piala AFF Suzuki 2016. Ya,sebuah piala paling berprestij di rantau Asia Tenggara. Ketika edisi 2014, Thailand menewaskan Malaysia dalam perlawanan yang dramatik untuk bergelar sebagai jaguh bola sepak di Asia Tenggara.


Namun,hari ini saya bukan nak cerita tentang Piala AFF ni. Bukan juga untuk bercerita tentang temasya ini secara menyeluruh. Ok,ketika temasya ini sedang hangat berlaku kita semua telah digemparkan tentang bagaimana masyarakat Rohingya dizalimi di Myanmar.Apa kena mengena isu Rohingya ini dengan AFF Suzuki ? Kita semua tahu Malaysia sertai AFF Suzuki 2016 ini dan Malaysia diundi bersama Myanmar dan dua negara lain iaitu Vietnam dan Kemboja.Isunya timbul apabila Myanmar menjadi tuan rumah bagi Kumpulan B dan dalam masa yang sama kerajaan Myanmar terus menerus melakukan kezaliman terhadap masyarakat Rohingya di sana.Maka,timbullah cadangan supaya Malaysia menarik diri daripada kejohanan ini sebagai tanda boikot kepada kerajaan Myanmar.Persoalan yang saya ingin timbulkan ialah wajarkah kita menarik diri ?

Mungkin ramai bersetuju supaya kita menarik diri daripada Piala AFF Suzuki ini.Malah,kita sebenarnya pernah melakukan perkara ini iaitu ketika Olimpik Moscow 1980 di mana kerajaan Malaysia memboikot Olimpik pada ketika itu sebagai tanda protes kepada kerajaan Soviet yang melakukan serangan kepada Afghanistan.Pertubuhan OIC bermesyuarat dan mengambil keputusan untuk memboikot sukan Olimpik Moscow.Malaysia hanya menurut sahaja namun ada juga beberapa negara Islam lain yang "cakap tak serupa bikin".Mereka tetap sertai dan menghantar pasukan bola sepak walhal mereka yang mencadangkan untuk memboikot.Tindakan memboikot tersebut sebenarnya meletakkan Malaysia satu langkah kebelakang dalam sukan bola sepak sedangkan zaman tersebut merupakan zaman kegemilangan atau erti kata lain 'generasi emas' bola sepak.

Berbalik kepada isu kita tadi iaitu wajarkah untuk menarik diri ? Kalau kita berfikir atas dasar kemanusiaan dan sensitiviti agama, ya kita perlu memboikot Piala AFF Suzuki. NAMUN....kalau kita renungkan dan berfikir daripada perspektif yang berbeza kita akan dapati keputusan menarik diri bukanlah keputusan terbaik.

Pertamanya, kita sudah mengharungi 2 perlawanan (1 menang dan 1 kalah) jadi untuk menarik diri pada waktu ini hanya menguntungkan Myanmar.Saya bercadang supaya kita turun dengan skuad terkuat dan berjuang habis habisan menentang Myanmar dan pastikan mereka kalah.Itu rasanya memberikan impak yang besar kepada kerajaan Myanmar itu sendiri.Menyingkirkan mereka daripada kejohanan yang mereka menjadi tuan rumah itu rasanya lebih memeritkan.Berbanding kita menarik diri dan mereka akan mendapat kemenangan percuma dan itu yang sememangnya mereka mahukan.Pada pandangan saya,kalau nak boikot perlulah dari awal lagi.Kalau dipertengahan jalan ni dia menyekat enjoyment pertandingan dan memadam terus mood pemain yang berkobar2.

Keduanya, kita punya bola sepak baru je nak bangkit semula. Nak harapkan ke Piala Asia atau Piala Dunia jauh sekali.Hanya Piala AFF je satu2nya kejohanan yang kita boleh fight dan kita pun pernah menang masa 2010.So,better kita teruskan sisa perjuangan yang ada ni.Umpamanya kita ni duduk kelas belakang,pastu masa exam tak datang pulak.Padahal masa exam tu lah kita nak provekan dekat orang lain yang tanggapan mereka salah.

Sebenarnya banyak lagi cara lain untuk menunjukkan protes kepada kerajaan Myanmar atas tindakan mereka kepada saudara seislam kita.Antaranya putuskan segala hubungan diplomatik dengan Myanmar.Buat macam mana kita buat kepada Afrika Selatan suatu ketika dahulu semasa Afrika Selatan melancarkan dasar Aparteid (racist kepada kulit hitam).Selain itu,lucutkan keanggotaan Myanmar daripada pertubuhan ASEAN.Dua benda ni rasa dah cukup bagi impak yang besar kepada Myanmar.Kita juga boleh halau semua imigran Myanmar.Hantar semula ke Myanmar.Secara tak langsung ekonomi mereka akan terjejas.

Dan jangan dilupa kita ada senjata yang paling ampuh iaitu doa.Dengar cerita JAKIM akan arahkan setiap masjid dibawahnya untuk laksanakan Qunut Nazilah semasa solat Jumaat.Itu satu pendekatan yang baik.Lagipun sebenarnya salah satu sunnah untuk membaca Qunut Nazilah semasa solat lagi2 semasa ditimpa musibah.Tindakan ini patut dipuji.Selain itu, ada juga dengar khabar bahawa khutbah di setiap masjid akan berkisar tentang kezaliman dialami Rohingya.Mungkin dengan cara ini dapat memberikan lagi pendedahan kepada masyarakat Malaysia amnya tentang apa yang berlaku di sana.

Akhir kata,terpulang kepada kerajaan Malaysia atau lebih tepat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sama ada untuk menarik diri atau meneruskan perjuangan baki 1 perlawanan terakhir menentang Myanmar.Saya berpendapat supaya kita tidak menarik diri atas pelbagai sebab.Apapun lain orang lain ideologi lain pendapat.Kita raikan perbezaan.Daripada perbezaan pendapat kita dapat sama2 kembangkan idea untuk memajukan diri,agama dan negara.

Wallahualam..

~ Afif Helmi

Ulasan