Sambutan Maulidur Rasul Bidaah ?

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua pengunjung blog Pencetus Generasi Al Fateh.

Alhamdulillah kita dapat bertemu sekali lagi pada entri yang terbaru ini. Segala kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT.Insya Allah pada esok hari bersamaan 12 Disember/ 12 Rabiul Awal, kita semua akan bercuti. Ya,bercuti bersempena Maulidur Rasul.Hari kelahiran kekasih kita semua.Jadi kita perlu raikan.



" Setiap rekaan itu bidaah. Dan setiap bidaah itu sesat. Dan setiap yang sesat itu tempatnya di api Neraka. " (HR An Nasai)

Fuhh..kecut perut baca hadis ni.Isu bidaah ni akan famous bila sampainya Maulidur Rasul atau Awal Muharram.So hari ini saya nak bagi clear isu ni.Saya dah jemu dah dengar pasal bidaah ni semua.

First yang kita perlu tahu, setiap perkara yang tidak dilakukan Nabi Muhammad ialah bidaah.Ok clear yang tu.Next,kita kena tahu bahawa bidaah ni terpecah kepada dua.Bidaah Hasanah dan Bidaah Dhalalah.Ok dekat sini terbahaginya Maulid Nabi,Awal Muharram,Baca Yasin setiap malam Jumaat dan lain2.

Mari kita lihat satu per satu.Apa yang dimaksudkan dengan Bidaah Hasanah.Hasanah ni maksudnya baik.So maksudnya setiap perbuatan yang tidak dilakukan Nabi tapi baik.Kiranya masih dilandasan Islam.Contohnya Maulid Nabi ni la.Walaupun Nabi sendiri tak pernah sambut tapi ia masih di landasan agama dan dengan syarat tidak melanggar batas ditetapkan syarak.

Manakala Bidaah Dhalalah pula ialah perkara yang tak dilakukan Nabi dan ia bercanggah dengan Al Quran dan As Sunah.Senang cerita Bidaah Dhalalah ni lawan kepada Bidaah Hasanah tadi.Ok dah mula faham kan ?

Jadi, Maulidur Rasul ni tiada masalah nak disambut.Kalau ada setengah puak yang tetap dengan pendiriannya untuk mengatakan Maulid Nabi ni bidaah dan sesat biarkanlah.Asalkan kita tahu apa kita buat dan benda tu tak terlalu ekstrem.Sambutlah dengan penuh kesederhanaan.

Satu lagi yang perlu diingatkan, kita sambut Maulid ni bukan sekadar berarak sambil berselawat tapi dekat hati sentiasa kena ingat Baginda.Yang pasti bukan pada 12 Rabiul Awal je kita ingat Kekasih agung kita (Rasulullah SAW).Tapi bila dah masuk 13 Rabiul Awal kita ingat kekasih yang haram pulak.

Ingatlah,sesungguhnya Rasulullah dah banyak berkorban kepada kita.Tanpa Baginda mana mungkin kita dapat menikmati nikmat Iman dan Islam pada hari ini.Dan dekat akhirat nanti,bantuan atau syafaat siapa lagi kita cari kalau bukan syafaat Baginda.

Setiap kali dengar nasyid ni mesti rasa sebak dekat hati..Huhu



Wallahualam...

Ulasan